Hipertropi Payudara

Ask about breast pain, lumps, cysts, etc

Moderator: EvelynHo

Hipertropi Payudara

Postby EvelynHo » Fri, 02 Oct 2009 3:27 pm

Pertanyaan daripada RAH, 30 Sep 2009
1) hipertropi remaja dan adakah orang yang mempunyai hipertropi ini berkemungkinan akan mendapat breast cancer di kemudian hari?

Perkembangan payudara masa remaja bukanlah abnormal, dan sebesar mana payudara boleh "tumbuh" bergantung kepada keturunan. Hipertropi payudara pula merupakan penyakit payudara di mana, pembesaran berlaku tanpa sebab dan mungkin mencapai kebesaran yang membawa sakit belakang, serta susah untuk memakai baju serta membeli coli. Hipertropi mungkin hanya dihidapi oleh sebelah payudara sahaja

2) saya mempunyai ketulan di bawah ketiak sejak form 3 lagi. apabila saya berjumpa doktor, ketulan itu dikatakan tak merbahaya. jadi apa yang saya patut buat sebab saya masih was-was dgn ketulan itu kerana saya ada ahli keluarga yang mendapat breast cancer.

Pemeriksaan ultrasound oleh pakar radiologi mungkin boleh menyelesaikan apakan ketulan-ketulan yang terasa ini. Pergilah menjumpai doktor payudara ataupun klinik payudara, ataupun klinik swasta bias.
Riwayat keluarga tidak semestinya bererti anda akan menghidapi Kanser payudara.
Bacalah artikel-artikel yang sedia ada, di Pusat Sumber Kanser Payudara Radiology Malaysia
http://www.radiologymalaysia.org/breast ... /index.htm
Ini merupakan artikel yang berkenaan kanser payudara. Terdapat banyak lagi artikel yang lain.


3) Adakah orang yang mendapat hipertropi remaja ini ada peluang untuk dapatkan balik bentuk asal breast mereka dan apa yang patut mereka buat untuk mengecilkannya ?

Untuk mereka yang betul-betul mempunyai hipertropi payudara, satu penyakit yang bukan kanser, hanya pembedahan dapat mengecilkannya.
Kalau anda terasa kemungkinan pembesaran payudara anda bukan perkembangan biasa, sila jumpa doktor bedah yang khusus dalam payudara.

Sekian
Dr Evelyn HO
Presiden, Kolej Radiology, Akademi Perubatan Malaysia
Dr Evelyn Ho
Radiologist
EvelynHo
Moderator
 
Posts: 180
Joined: Mon, 26 May 2003 12:07 am

Return to Other Breast Conditions

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest

cron